Pages

Friday, April 15, 2011

JANGAN PERNAH JADI BEBAN PADA DAKWAH



perkongsian daripada liqa' Ruhul Jadid oleh mad'u ana..melalui tajuk Dakwah , Amal Jamaie dan kepentingannya..

Kata-kata yang pernah suatu ketika dahulu menjadi penggetar jiwa ini.. Mulai saat dan ketika itu diri ini sangat berhati-hati dalam melangkah, takut menjadi beban, menyusahkan orang lain, meresahkan naqibah dan memeningkan fikrah qiyadah.

Lama-lama kita faham yang kita xjadi beban adalah dengan kita betul-betul memahami dakwah, jaga urusan tarbiyyah, jaga amal jamaie, berkhidmat sebaiknya untuk ummat dan sentiasa mengikhlaskan hati dan diri. Baru datang semangat yang betul-betul telus, agar tidak mudah kita tertipu dengan semangat.. Melangkahdalam jalan dakwah ini samalah macam kita memandu nak menuju ke suatu tempat. Jangan laju-laju, ikut had laju, kondisi kereta kena optimum diawal, dipertengahan jalan hingga kita sampai destinasi; tanda2 amaran yang kita kena faham untuk beri peringatan pada kita tentang bahaya di perjalanan dan lain2, sangat straight forward analogi tue bagi mereka yang benar2 memahaminya..

Jalan dakwah ini berperingkat, pengukuhan individu dari segi kefahaman tentang ukhuwwah, meninggalkan jahiliyyah diri, isi dengan 10 ciri muslimun dan kefahaman tentang fikrah merupakan peringkat awal tarbiyyah seseorang. Kemudian diri dilonjak untuk beramal atas dasar sayang dan kemahuan untuk menegakkan Islam. Di sini peringkat belajar untuk bekerja sangat kolektif atau team-work atau amal jamaie. Terperinci gerak kerjanya dan tidak mampu dihuraikan semuanya..Kita penerus generasi gerak kerja al-Quran, pimpinan Rasulullah S.A.W., seterusnya menggabungkan diri dalam mana-mana gerakan perubahan yang membawa kita mencapai matlamat dengan cara yang kita ijtihad paling hampir dengan sunnah.

Bekalan-bekalan di jalan dakwahlah yang memastikan perjalanan kita lancar. Sebaik-baik bekalan adalah bekalan taqwa. Attain taqwa melalui amal fardhi kita, di situlah gunanya mutabaah amal. Solat jemaah, tilawahnya, qiamnya, zikrullahnya dan thaqafahnya, keep on "service" diri kita. Kefahaman fikrah ditingkatkan dengan menghadiri program, pergi daurah, join camping, pergi trip, ziarah qudama' dan yang utama konsisten dengan usrah. Fikrah yang menuntun perjalanan kita. Kurang faham fikrah, kebarangkalian akn menyebabkan kita lost, macam tiba2 kita decide tak nak ikut map nak ikut instinct diri shj. Amal jamaie salah satu kefahaman yang sangat penting bila kita nak beramal dengan fikrah yang kita dapat. Amal Jamaie ada adab-adabnya, ada peringkat-peringkatnya.. Kita sentiasa perlu BELAJAR untuk beramal jamaie.

Tidak dinafikan jalan dakwah ada liku dan halangan-halangannya, seperti di jalan raya, kita dibantu oleh tanda2 tepi jalan yang berwarna merah sbg tanda merbahaya. Begitu juga jalan dakwah tetapi lebih indahnya jalan dakwah ditandai dengan zahratul hamra', mawar-mawar merah, berduri tapi cantik, merbahaya tapi indah.

Penentu sampainya kita ke destinasi jalan dakwah, yakni syurga Allah, hanya usaha kita untuk tsabat dan istiqamah. Tidak pernah ada threshold untuk tsabat dan istiqamah hinggalah nafas kita terhenti di waktu jasad kita bergelumang dengan kerja dakwah, otak dan hati kita sibuk memikirkan mad'u dan semangat tertegaknya Islam berkobar-kobar dalam diri. (ya Allah matikanlah kami dalam husnul khotimah...) apa zahirnya tsabat dan istiqamah? Nah, yang di atas sana itu, jaga tarbiyyah, beramal dakwah dan sentiasa ikhlaskan niat.

Sedarlah sahabat perjuanganku sekalian, perjalanan kita masih jauh, jangan sekali-kali kita tertipu dengan semangat dan bisikan nafsu nafsi. Selagi nafas kita belum berakhir, selagi Islam belum tertegak atas muka bumi Allah, selagi itulah usaha kita perlu berterusan. Bukan hasil yang kita cari tapi kualiti usaha kita yang kita perlu telitikan.

Muhasabah diri, buat diri dan sahabat yang dikasihi fillah, yang sama-sama berjuang di atas jalan mulia, lagi diberkati ini...

Salam perjuangan, sehingga syahid atau kita menang..

No comments:

Post a Comment