Tuesday, April 26, 2011
LIRIK LAGU KEPASTIAN
Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan
Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi
Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan
Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya
Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya
Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah
Monday, April 25, 2011
LIRIK LAGU AMILIN
Ayuh Amilin maralah ke hadapan
Dengan iman yang kental
Semangat yang membara
Menjulang tinggi panji Islam mulia
Menabur bakti membawa sejahtera
Menjulang tinggi panji Islam mulia
Menabur bakti membawa sejahtera
Kami Amilin menjana Perubahan
Dengan amanah, wawasan dan tujuan.
Membina jamaah, masyarakat, negara
Bangkit berinisiatif tidak ada alasan
Kami rela berkorban istiqamah selamanya
Marilah iltizam bersama
Kami Amilin pengurusan cemerlang
Peranan yang pelbagai susun keutamaan
Tetapkanlah matlamat tumpukanlah sasaran
Bergandingan tangan membina pasukan
Berfikir dan bertindak mengikut perancangan
Semoga mendapat rahmatNya
Kami Amilin pemimpin berwibawa
Bina kepercayaan pengaruh kerjasama
Kasih sayang prihatin memimpin manusia
Bersama rakyat kebajikan terbela
Kasih sayang prihatin memimpin manusia
Bersama rakyat kebajikan terbela
Kami Amilin
Melangkah gagah
Kami Amilin
Takkan undur walaupun selangkah

Friday, April 15, 2011
TASAWWUR TARBIYYAH ISLAMIYYAH
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah pada jalanNya supaya kamu mendapat keuntungan.." (surah Al-Maidah : ayat 35)
DEFINISI
" Suatu nidzhom terbaik yang mampu bertindakbalas bersama fitrah insan, dikemukan secara langsung (perkataan) dan tidak langsung (qudwah), bertujuan untuk mengubah manusia ke arah yang lebih baik, melalui dan menepati manhaj dan wasilah-wasilah tertentu."
MATLAMAT UMUM
- Beribadah kepada Allah SWT yang Esa mengikut syariat yang diwujudkan oleh Alllah SWT (surah adz-Zariyat : ayat 56)
- Menjadi Khalifah Allah SWT di atas muka bumi (surah Al-Baqarah : ayt 30)
- Berkenal-kenalan dan berbaik-baik di kalangan manusia. (al-Hujurat : ayat 113)
- Memimpin dan memerintah dunia ini (an-Nur : ayat 55)
- Menjalankan syariat Allah SWT di muka bumi ini (surah Al-Jathiyyah : ayat 18)
MATLAMAT KHUSUS
- Melahirkan ummat muttaqin yang mempunyai ta'alluq billah yang kuat
*Taaluq billah bermaksud tarbiyyah Islamiyyah bermatlamat melahirkan para mukmin yang hidup dan matinya, ibadah dan pengorbanannya untuk Allah.
- Melahirkan insan muttaqin yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT
- Melahirkan para mukmin yang menghayati perjuangan (surah Al-Hujurat : ayt 15)
MATLAMAT TARBIYYAH ISLAMIYYAH
- Fardhul Muslim
- Baitul Muslim
- Mujtama' Muslim
- Daulah Islam
- Khilafah Islamiyyah
CIRI-CIRI TARBIYYAH ISLAMIYYAH
- tarbiyyah Jihadiyyah (merangkumi iman, akhlak, ruh, usaha bersama kawalan dan latihan dan tindakan)
- tarbiyyah fikriyyah
- tarbiyyah akhlakiyyah@Khuluqiyyah (tingkah laku)
- tarbiyyah 'aqliyyah
- tarbiyyah jismiyyah (fizikal)
- tarbiyyah Ijtimai'e
KESEPADUAN DALAM TARBIYYAH ISLAMIYYAH (S.P.I.E.S)
- S - Spiritual
- P - Physical
- I - Intellectual
- E - Emotional
- S - Social
FAKTOR KEBERKESANAN TARBIYYAH ISLAMIYYAH
- Keyakinan yang teguh bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang mampu merubah masyarakat, membentuk petugas-petugas dakwah dan satu-satunya jalan untuk mencapai cita-cita dan harapan (tarbiyah bukan segala-galanya tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah)
- Adanya sistem tarbiyah yang mempunyai matlamat tertentu, perancangan yang terang, sumber yang jelas, bersifat syumul dan mempunyai kaedah pendekatan yang berbagai, ditegakkan di atas falsafah kefahaman yang terang dan diambil terus dari ajaran Islam yang tulen.
JANGAN PERNAH JADI BEBAN PADA DAKWAH
perkongsian daripada liqa' Ruhul Jadid oleh mad'u ana..melalui tajuk Dakwah , Amal Jamaie dan kepentingannya..
Kata-kata yang pernah suatu ketika dahulu menjadi penggetar jiwa ini.. Mulai saat dan ketika itu diri ini sangat berhati-hati dalam melangkah, takut menjadi beban, menyusahkan orang lain, meresahkan naqibah dan memeningkan fikrah qiyadah.
Lama-lama kita faham yang kita xjadi beban adalah dengan kita betul-betul memahami dakwah, jaga urusan tarbiyyah, jaga amal jamaie, berkhidmat sebaiknya untuk ummat dan sentiasa mengikhlaskan hati dan diri. Baru datang semangat yang betul-betul telus, agar tidak mudah kita tertipu dengan semangat.. Melangkahdalam jalan dakwah ini samalah macam kita memandu nak menuju ke suatu tempat. Jangan laju-laju, ikut had laju, kondisi kereta kena optimum diawal, dipertengahan jalan hingga kita sampai destinasi; tanda2 amaran yang kita kena faham untuk beri peringatan pada kita tentang bahaya di perjalanan dan lain2, sangat straight forward analogi tue bagi mereka yang benar2 memahaminya..
Jalan dakwah ini berperingkat, pengukuhan individu dari segi kefahaman tentang ukhuwwah, meninggalkan jahiliyyah diri, isi dengan 10 ciri muslimun dan kefahaman tentang fikrah merupakan peringkat awal tarbiyyah seseorang. Kemudian diri dilonjak untuk beramal atas dasar sayang dan kemahuan untuk menegakkan Islam. Di sini peringkat belajar untuk bekerja sangat kolektif atau team-work atau amal jamaie. Terperinci gerak kerjanya dan tidak mampu dihuraikan semuanya..Kita penerus generasi gerak kerja al-Quran, pimpinan Rasulullah S.A.W., seterusnya menggabungkan diri dalam mana-mana gerakan perubahan yang membawa kita mencapai matlamat dengan cara yang kita ijtihad paling hampir dengan sunnah.
Bekalan-bekalan di jalan dakwahlah yang memastikan perjalanan kita lancar. Sebaik-baik bekalan adalah bekalan taqwa. Attain taqwa melalui amal fardhi kita, di situlah gunanya mutabaah amal. Solat jemaah, tilawahnya, qiamnya, zikrullahnya dan thaqafahnya, keep on "service" diri kita. Kefahaman fikrah ditingkatkan dengan menghadiri program, pergi daurah, join camping, pergi trip, ziarah qudama' dan yang utama konsisten dengan usrah. Fikrah yang menuntun perjalanan kita. Kurang faham fikrah, kebarangkalian akn menyebabkan kita lost, macam tiba2 kita decide tak nak ikut map nak ikut instinct diri shj. Amal jamaie salah satu kefahaman yang sangat penting bila kita nak beramal dengan fikrah yang kita dapat. Amal Jamaie ada adab-adabnya, ada peringkat-peringkatnya.. Kita sentiasa perlu BELAJAR untuk beramal jamaie.
Tidak dinafikan jalan dakwah ada liku dan halangan-halangannya, seperti di jalan raya, kita dibantu oleh tanda2 tepi jalan yang berwarna merah sbg tanda merbahaya. Begitu juga jalan dakwah tetapi lebih indahnya jalan dakwah ditandai dengan zahratul hamra', mawar-mawar merah, berduri tapi cantik, merbahaya tapi indah.
Penentu sampainya kita ke destinasi jalan dakwah, yakni syurga Allah, hanya usaha kita untuk tsabat dan istiqamah. Tidak pernah ada threshold untuk tsabat dan istiqamah hinggalah nafas kita terhenti di waktu jasad kita bergelumang dengan kerja dakwah, otak dan hati kita sibuk memikirkan mad'u dan semangat tertegaknya Islam berkobar-kobar dalam diri. (ya Allah matikanlah kami dalam husnul khotimah...) apa zahirnya tsabat dan istiqamah? Nah, yang di atas sana itu, jaga tarbiyyah, beramal dakwah dan sentiasa ikhlaskan niat.
Sedarlah sahabat perjuanganku sekalian, perjalanan kita masih jauh, jangan sekali-kali kita tertipu dengan semangat dan bisikan nafsu nafsi. Selagi nafas kita belum berakhir, selagi Islam belum tertegak atas muka bumi Allah, selagi itulah usaha kita perlu berterusan. Bukan hasil yang kita cari tapi kualiti usaha kita yang kita perlu telitikan.
Muhasabah diri, buat diri dan sahabat yang dikasihi fillah, yang sama-sama berjuang di atas jalan mulia, lagi diberkati ini...
Salam perjuangan, sehingga syahid atau kita menang..

Subscribe to:
Posts (Atom)