Pages

Monday, January 31, 2011

KETABAHAN ITU MILIK SIAPA?


Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman,bersabarlah kamu dan kuatkan kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertaqwalah kepada Allah,supaya kamu beruntung" (Al Imran:200)

Ketabahan merupakan satu perkara yang amat perlu dalam persediaan kita untuk mewujudkan hasrat untuk mencapai kejayaan hidup dunia dan akhirat.

Akar umbi ketabahan ialah kekuatan. Kekuatan kehendak,kemahuan dan hasrat bila dipadukan akan menjadi satu gabungan kekuatan yang tidak akan dapat dikalahkan. Individu yang memiliki kehendak yang kuat,diseiringkan dengan daya ketahanan yang penuh ketabahan,melayakkan mereka sebagai latarbelakang penunjang keyakinan mereka,maka mereka seperti memperolehi sasaran tujuan mereka itu.

Sebahagian besar individu bersedia untuk melemparkan jauh-jauh sasaran dan tujuan mereka apabila mereka melihat gajala-gejala timbulnya halangan-halangan dan kegagalan dalam usaha mereka. Mereka segera menyerah ketabahan kepada keadaan. Hanya individu tertentu sahaja yang mampu maju terus ke hadapan meskipun menghadapi tribulasi yang hebat, akhirnya mereka berjaya mencapai cita-cita mereka.
Ibnu Qayyim berpendapat;
"Tidak ada satu perkara yang amat susah daripada ketabahan dan kesabaran samada pada perkara yang disukai atau dibenci oleh individu,terutamanya apabila melalui detik-detik kesempitan dan kesusahan hidup ini setelah melayari hamparan kebahagiaan dan kesenangan,maka ketika itulah amat memerlukan bekalan untuk meneruskan perjalanan dan perjuangan hidup ini iaitu bekalan ketabahan di atas ketentuan Qada' dan Qadar AllahSWT."

MENGUJI DIRI ANDA DALAM SOAL KETABAHAN

Tidak memiliki daya tahan atau kurang bersikap tabah itu sering menjadi sebab utama kegagalan individu. Secara umumnya,ini adalah merupakan kelemahan yang banyak dialami oleh manusia. Sikap ini merupakan kelemahan yang tidak dapat diatasi oleh manusia itu sendiri. Sukar atau mudahnya mengatasi kekurangan daya tahan ini bergantung kepada besar atau kecilnya hasrat individu itu. Titik tolak daripada semua hasil yang akan dicapai ialah hasrat. Hendaklah berpegang teguh dan istiqamah dengan hasrat yang hendak dicapai. Hasrat yang lemah akan menghasilkan natijah yang lemah,ibarat nyalaan api yang kecil sehingga dapat mengeluarkan kepanasan yang kecil dan sedikit sahaja.

Kalau anda menemui diri anda dalam keadaan 'kurang ketabahan',kelemahan ini anda akan dapat atasi dengan cara membentuk hasrat yang lebih besar lagi dalam diri anda. Lantaran itulah, untuk melaksanakan cita-cita ke arah sasaran yang tepat memerlukan bahan bakar iaitu : hasrat yang bernyala-nyala. Cita-cita tidak akan menjadi kenyataan apabila anda memilih sikap yang negatif, malas atau tidak bersemangat.

Apabila anda merasa diri anda lemah atau kurang bersemangat,maka yakinilah bahawa anda masih belum memiliki 'kesedaran yang mendalam' ke arah usaha untuk mencapai kejayaan. Sewajarnya anda memiliki sifat ini terlebih dahulu sebelum anda yakin akan mendapatkan kejayaan dan merasai kemenangan dalam perjuangan hidup ini.

Sedarilah bahawa semua orang yang berjaya pada mulanya memang mengalami kehidupan yang pahit. Perjuangan memerlukan tenaga, menuntut pengorbanan agar boleh bertahan untuk hidup sebagai seorang muslim yang berjaya di dunia dan akhirat. Detik yang menentukan kekuatan seseorang ialah ketika dia mengalami krisis.

Sesungguhnya ketabahan memerlukan kesabaran. Kesabaran adalah natijah daripada mujahadah dalam diri individu itu. Sesiapa yang berjaya mempertahankan kesabarannya dengan ketaatan kepada AllahSWT,sabar menanggung kesulitan dan menjauhi maksiat,maka dia telah memiliki ketabahan hakiki dan akan mengecapi hasrat yang dikehendakinya. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (Az Zummar:10)


MEMANJAT MELALUI TEMBOK KEGAGALAN

Seorang pujangga menasihatkan: "Di atas kegagalan anda semalam,binalah bangunan kehidupan untuk hari esok. Letakkan bata-bata tujuan yang teguh,sediakan puing-puing raksaksa dari kejatuhan yang silam. Ukirlah menara-menara keazaman yang hebat bagi membenam lembah-lembah airmata kehampaan."

Segelintir manusia sedar bahawa berdasarkan pengalaman mereka betapa tingginya nilai ketabahan itu. Mereka adalah orang-orang yang menerima kegagalan itu sebagai satu keadaan yang sifatnya adalah sementara sahaja,begitu juga bagi mereka yang menghadapi mehnah dalam perjuangan. Mereka adalah orang-orang yang mempunyai hasrat yang kuat,sehingga ketabahan yang mereka terapkan itu akhirnya mengubah kegagalan dan mehnah perjuangan sebagai pendorong utama mencapai kejayaan yang gilang gemilang.

Hasil kejayaan samada: individu yang jatuh terbenam dalam kegagalan yang tidak muncul kembali ke permukaan atau individu yang menerima kegagalan itu sebagai hukuman yang dapat mendorong mereka ke arah berusaha dengan lebih tekun lagi. Golongan kedua inilah sangat beruntung nasib mereka, kerana mereka belajar dan menerima kenyataan sebagai satu muhasabah dan pemangkin kejayaan. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta benda,jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al Baqarah:155)
ANDA MAMPU MELATIH DIRI ANDA SENDIRI UNTUK BERSIKAP TABAH

Ketabahan adalah sikap yang berkaitan dengan minda dan spiritual individu, oleh sebab itulah setiap individu dapat membina dan memupuknya berdasarkan langkah-langkah tertentu,antaranya;
1. Adanya ketegasan dalam penentuan sasaran dan tujuan hidup
Langkah pertama yang paling penting untuk dapat membina dan memupuk sikap tabah ialah apabila kita benar-benar menyedari apa yang kita 'kehendaki' dan 'ingin capai','sebab' sesuatu motif yang kuat itu sehingga dapat mendorong seseorang untuk mengatasi segala kesusahan.
2.Mempunyai hasrat yang bernyala-nyala
Apabila kita memiliki hasrat yang kuat untuk memperolehi sesuatu matlamat,maka dengan mudah sahaja kita mendapatkannya serta mempertahankan sikap tabah supaya sentiasa dapat bertahan.
3.Memiliki rasa percaya kepada diri sendiri
Apabila memiliki rasa percaya kepada diri sendiri untuk melaksanakan sesuatu perancangan,ini akan mendorong individu untuk melaksanakan sehingga selesai dengan sepenuh ketabahan hati dan fikiran tanpa tergugat.

4.Kemampuan menyusun perancangan yang jelas lagi tegas
Perancangan yang tersusun rapi, sekalipun mempunyai banyak kelemahan kerana kurang praktikal akan memberi landasan yang kuat bagi seseorang untuk bersikap tabah mengatasi segala kesulitan.
5.Menguasai ilmu pengetahuan dengan cermat
Apabila seseorang itu menguasai selok belok perancangan yang jelas,samada berdasarkan pengalamannya atau pengamatannya sendiri,maka pengetahuan yang dia miliki itu dapat mendorong kepada satu sikap yang berani dan tabah. Sebaliknya dengan pengetahuan yang serba kekurangan hanya akan lebih banyak meneka sahaja dan bukan menunaikan tugasnya berdasarkan ilmu pengetahuan yang dikuasainya.
Dengan menguasai ilmu pengetahuan itu secara mantap,maka dia dapat menikmati daya tahu yang mantap.

6.Menjalin kerjasama yang erat dengan orang lain
Sikap ini akan dapat memupuk daya tahan yang kuat dalam dirinya. Untuk itu sewajarnyalah membina rasa simpati,saling memahami dan kerjasama yang harmonis dengan orang lain.
7.Memiliki daya kemahuan yang kuat
Dengan memiliki satu tujuan yang tegas dan jelas,seseorang itu akan memilih daya tahan yang kuat dalam memperjuangkan tujuan itu berdasarkan kemahuan yang kuat.

8.Memupuk kebiasaan yang kuat
Ketabahan itu sebenarnya adalah natijah daripada sesuatu kebiasaan. Kebiasaan itu kita jadikan sebahagian daripada pengalaman seharian kita yang merupakan unsur pembentukan kebiasaan yang kuat itu. Contohnya: rasa takut adalah musuh yang paling utama dan bahaya daripada semua musuh rohaniah kita, kita hapuskanlah secara efektif dengan memintasnya berulangkali dengan sikap keberanian.

MEMBENTUK KEBIASAAN UNTUK MEMILIKI KETABAHAN

Untuk mencapainya hanya dua perkara yang diperlukan ialah masa dan usaha. Langkah yang diperlukan:
1. Satu tujuan yang pasti,yang didukungi oleh hasrat yang bernyala-nyala untuk memenuhinya.
2.Satu perancangan yang jelas yang dizahirkan dalam bentuk tindakan yang berterusan.
3.Satu fikiran jalan yang tertutup kepada semua pengaruh yang negatif dan mematahkan semangat.
4. Mengadakan jalinan yang baik dengan seseorang atau golongan individu yang sentiasa memberi semangat kepada nada baik dalam perancangan mahupun tujuan.

Langkah yang berharga ini merupakan jaminan tiket untuk memasuki gelanggang imbalan yang cukup mahal harganya bagi apa yang kita cita-citakan dalam hidup kita.

IDOLA KETABAHAN

Rasulullah SAW merupakanpemimpin terunggul dan kaunselor yang terbijak didunia. Ketabahan baginda SAW dengan memiliki kemantapan iman,keikhlasan yang tinggi kerana AllahSWT serta kesungguhan usaha dan konsep tawakkal yang hakiki telah mencetuskan kejayaan kepada masyarakat Islam dan menggemilangkan Islam seantero dunia. Suntikan ketabahan yang dipamerkan oleh RasulullahSAW ini telah melahirkan Generasi Rabbani yang tahan uji,istiqamah dengan prinsip perjuangan dan memiliki motivasi yang timggi untuk maju di dunia dan akhirat serta berjaya menggenggam dunia di tangan mereka dan meletakakn akhirat di hati mereka.

Natijahnya,manusia melihat hamparan keizzahan Islam yang menghijau di bumi ini dengan beridolakan Nabi Muhammad SAW dan berpegang teguh dengan Al Quran dan Sunnah.

Firman AllahSWT yang bermaksud:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan kami telah
beriman, sedangkan mereka tidak diuji?." (Al Ankabut:2)


"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal masih belum nyata bagi orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang sabar."
(Al Imran:142)

Sabda RasulullahSAW yang bermaksud:
"Orang yang banyak mengalami ujian ialah para anbiya',kemudian yang lebih mulia-mulia,kemudian mulia-mulia. Seseorang itu akan diuji mengikut agamanya. Jika dia kuat berpegang dengan agamanya maka ujiannya adalah hebat(kuat). Jika agamanya lembut maka ujian adalah mengikut kadar agamanya itu."

Rujukan: Alquran&Hadis.
Rakaiz Ad dakwah - Dr.Majdi Hilali
Rukun Kejayaan - Imran Jaafar


perkongsian dari pmram-

Rahsia Memotong Kuku


RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

"Sifat Sahabat"


12 SIFAT SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

DON'T GIVE UP


Wasiat Hasan Al-Banna

Saudaraku,
Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kemarin, dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerusakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidup-nya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.

Allah SWT berfirman,

"Dan Kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), dan akan Kami ivguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman serta tentaranya apa yang selalu mereka khawatirkan dan mereka itu," (Al-Qashash: 5-6)

Putaran waktu akan memperlihatkan kepada kita peristiwa-peristiwa yang mengejutkan dan memberikan peluang kepada kita untuk berbuat. Dunia akan melihat bahawa dakwah kita adalah hidayah, kemenangan, dan kedamaian, yang dapat menyembuhkan umat dari rasa sakit yang tengah dideritanya. Setelah itu tibalah giliran kita untuk memimpin dunia, kerana bumi tetap akan berputar dan kejayaan itu akan kembab kepada kita. Hanya Allah-lah harapan kita satu-satunya.
Bersiap dan berbuatlah, jangan menunggu datangnya esok hari, kerana bisa jadi engkau tidak bisa berbuat apa-apa di esok hari.

Kita memang harus menunggu putaran waktu itu, tetapi kita tidak boleh berhenti.
Kita harus terus berbuat dan terus melangkah, kerana kita memang tidak mengenal kata "berhenti" dalam berjihad.

Allah SWT berfirman,
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, sungguh
akan.Kami tunjukkan jalan-jalan Kami." (Al-Ankabut: 69)

Hanya Allah-lah dzat yang Mahaagung, bagi-Nya segala puji.

Kebangkitan rakyat di Tunisia dalam menentang pemimpin yg zalim, rasuah berleluasa, seterusnya kebangkitan rakyat di Yaman, Mesir merupakan revolusi ke arah transformasi kebangkitan Islam itu sendiri.. maralah kita semua para mujahid, jangan kita berputus asa, memang berjuang ini terkorban kerana kita berjuang untuk berkorban...

Sunday, January 23, 2011

Pinanglah Daku Kerana Dakwah


Perkahwinan Atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar.
Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.
Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?
Susahkan....?

Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini. Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri. Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian sikap-sikap ikhwah (rakan-rakan seperjuangan) mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada. Lain orang, lain ragam dan ceritanya. Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali dari awal, sehinggalah pengakhirnya. Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti. Kisah kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu. Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu juga.

Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat (perhubungan lelaki dan perempuan) ini berbeza sekali. Ada yang sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun (ehem ehem), sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon pasangannya. Ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan keperluan serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. Ada yang sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga. Begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. Ada juga yang dah bersedia awal. Ada yang belum lagi. Dan saya nampak indahnya ikhwah akhawat ini kerana mereka tak memilih couple sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan
perasaan. Mereka tetap memilih akad demi menyelamatkan perasaan mereka.

Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang memberi contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. Ada juga yang sedikit longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang terbaik mahu antum ikuti. Kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak-anak antum sendiri. Jika antum sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak-anak antum. Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita. Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? Takkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar? Sebab ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple tanpa disedari, bercinta tanpa sah. Ini adalah suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang akhi dan juga ukhti.

Melamar secara direct
Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. Walaupun paling ramainya adalah ikhwah sendiri. Ada yang secara sms mahupun email. Saya tersenyum terkadang menerima berita ini. Dan terkadang saya berfikir, takkan naqib ikhwah tersebut ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kepada ikhwah tersebut bahawa; sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut. Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut. Akhwat rasa sangat offended bila ikhwah melamar tanpa adanya kehadiran orang tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika bersms, biarlah ada orang tengah mengetahuinya. Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu syarat kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan terlebih dahulu, ada mengenali lewat program ataupun emel.

Namun untuk memilih calon isteri itu, bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita. Kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. Agak ironi dan pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita. Kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah, namun pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan bersama nuqaba, outcomenya pasti indah samada positif mahupun negatif. Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.

Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.
Ada kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau kahwin dengan akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah yang comel dan cantik pula. Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri beranggapan begitu. Ada kata-kata mengatakan:' asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!' Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus. Dan itulah yang lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada hati dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada nilai-nilai manusiawi. Manusia ada kelemahan - kelemahannya. Tak semua akhwat sama level dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain.

Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini
wajar digelar rijal dakwah? Allah akan beri kamu yang terbaik. Jika kamu memilih pasangan kamu kerana Dia. Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah dengan nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi. Di situ orang tengah akan suba sedaya upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun seganya seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan dalam pertunangan berlaku di bwah pandangan mata Allah, bukannya syahwat. Dan insyaallah kamu akan dikurniakan orang yang
terbaik buatmu.

Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca artikel ini, namun ingin saya katakan pada mereka, pinanglah akhawat (rakan perempuan) kerana dakwah. Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu menjadikan istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah dalam bertindak. Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap langkah-langkah kita dalam berBM ini termasuk tempoh pertunangan itu sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini. Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta manis. Setiap saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan kita. Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat. Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan dikagumi oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.

Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat sudah meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa comel. Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit kecut untuk meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas jalan dakwah. Namun bagi ikhwah, keadaan mereka berbeza pula. Jika ada orang soleh meminangmu, jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu (ini jika pinangan itu direct padamu). Walaupun cara itu salah dan tidak menghormati statusmu sebagai akhawat (rakan perempuan), namun di situ ada nilai ukhuwah yang perlu kita santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yang mudah dia terima tanpa merendahkan egonya.

Dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara. Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati kita dengan Allah. Kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para ikhwah. Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah. Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut dengan manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan cara yang terbaik. Maka bersyuralah. itu kuncinya. Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan perigi mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan peranannya, walaupun prosesnya lambat.
Tidak semua yang melalui BM ini perfect. Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada yang bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita dapat redha Allah, tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang mata pun, namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan.

Ianya amat manis, subhanalllah.
Tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.
Itulah dia kerana dakwah dahulu. Kerana Allah dan rasulNya dahulu.
Tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan itu
betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya. Allah akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya insyaallah.
Jadilah moderate dalam prosesnya
Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah. Berbincang
itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di dalam kehidupan rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu bermudah-mudahan dan menganggap bahawa tunangan kita itu milik kita dan kita boleh menyintai dia sesuka hati kita.

Bila Allah sebagai sandaran, segalanya kelihatan dan dirasai rasional.

Friday, January 21, 2011

MUNAJAT SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRANKU


17 JANUARI 2011


Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasih-Mu...Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu. Kalau bukan kepada-Mu, kepada siapa lagi harus kumengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hamba-Mu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merindui-Mu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan Kaabah-Mu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang kuinginkan hanyalah ketenangan, kekhusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hamba-Mu ini...pimpinlah hati hamba-Mu ini...pimpinlah langkah hamba-Mu ini agar sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al-Quddus... sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya. Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Yang Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada tali-Mu.

Terimalah permohonan hamba-Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbal 'Alamin.